Thursday 24 March 2011

kelab riadah kelantan ( P.S ) prana sakti Malaysia

Assalamualaikum wbt....

Kepada rakan2 blogger yg terpandang blog ini , Alhamdulillah dewasa ini kita byk dipertontonkan dgn bermacam blog, samaada untuk tujuan perniagaan dan juga blog politik, tp hadirnya blog saya ini sekadar untuk menjelmakan ataupun dgn bahasa yg lebih tepat berkongsi pengalaman dan ilmu kalam ALLAH ini dengan sesiapa yg berminat untuk mengetahui serba sedikit tentang PS ini...saya disini bukan untuk memomokkan ataupun menguar-uarkan kelebihan ilmu ciptaan manusia ini, tetapi saya rasa terpanggil dan diberi kelebihan oleh ALLAH untuk menciptakan sekelumit kata daripada byk lg pengetahuan yg ingin saya kongsi dengan sahabat semua, untuk pengetahuan anda semua, saya akan ceritakan serba sedikit mengenai PRANA SAKTI kelantan ini, terlebih dulu saya pohon seribu kemaafan jika ada bait2 ayat saya ini ada tersilap kata dan fakta, kerana saya adalah ahli baru kelab ini dan juga salah seorang daripada AJK kelab ini dibahagian machang kelantan,

PRANA SAKTI dibawa masuk ke malaysia khususnya di negeri kelantan oleh Allahyarham abang asfan ataupun asfanudin panjaitan, dengan muridnya yang utama ataupun lebih tepat lagi  pengasas PRANA SAKTI di malaysia dan kelantan abang maktar ataupun makhtar bin jusoh, salah satu objektif utama penubuhan kelab riadah kelantan @ PS ini adalah untuk memupuk nilai2 murni masyarakat dan semangat jatidiri yang tinggi dikalangan ahli2 nya, disamping beriadah untuk kesihatan rohani dan jasmani.

antara murid2 terawal ps di kelantan ini ialah antaranya wan nawawi wan jafar, wan ahmad shafei wan abdul kadir, encik che din bin haji mohd ali, (sekadar menyebut beberapa nama) sehinggalah berkembang seperti sekarang ini, dengan tertubuhnya pusat2 latihan dan gelangang di beberapa tempat dan diterajui beberapa orang jurulatih berkunci yang dilantik dan diamanahkan sendiri oleh abang makhtar untuk menerajui cawangan2 tersebut, bermula di gua musang dengan diketuai oleh en ibrahim bin ismail,  machang oleh wan ahmad shafie dan juga dibantu oleh bapa saya sendiri iaitu che din bin mohd ali, tendong pasir mas dengan cik wan nawawi dan che din, bukit kecil gunung bachok dengan abang shaari, kandis bachok dengan en mohd sabri ataupun mesra dipanggil poklong mengetuai tempat masing2, mereka semua jugalah yang banyak membantu dalam mengajar kami semua orang2 baru, dan saya sebagai generasi baru kelab PS ini mengucapkan jutaan terimakasih yang tak terhingga kepada mereka semua, kerana memperkenalkan kami ilmu yang cantik dan indah ini, sayugia saya katakan disini, saya amat bangga dan berbesar hati kerana diberi peluang dan ruang oleh ALLAH untuk mempelajari ilmu ini..

PS juga byk mengajar kita ttg kesababaran yg tinggi, ia juga dapat mempertahankankan diri kita dari serangan musuh samaada daripada manusia ataupun serangan iblis dan syaitan yg sentisa cuba menyesatkan kita sbgai anak cucu nabi ADAM dan umat nabi MUHAMMAD SAW... dan satu lg kelebihan ilmu ini, jika diizinkan oleh ALLAH swt, kita dapat menggunakan ia kearah kebaikan, seperti menolong orang2 yang memerlukan bantuan seperti merawat orang2 yg sakit seperti terkena buatan orang, syaitan, jin dan iblis, insyaallah.. 

saya bagi pihak ahli baru PS, menyeru dan memberi cadangan kepada adik2 diluar sana, agar berkenalan dengan ilmu ini, agar dapat merasai kemanisan dan kelebihannya, daripada kita membuang masa kita dengan perkara2 yang tak memberi manfaat kepada kita di dunia ini, dan dapat kita mencari sahabat2 baru yg bolehlah kita anggap sebagai saudara kita apabila melangkah masuk menjadi ahli PS ini, biarlah saya kupaskan serba sedikit disini, PS ini juga bolehlah kita klasifikasikan juga sebagai ilmu seni beladiri digabungkan dengan jurus2 menggunakan menggunakan tenaga dalaman kita..

antara ciri2 ahli PS ini ialah antaranya; ( sekadar menyebut beberapa patah)

Keimanan yg teguh berasaskan AL Quran dan Hadis,
Ikhlas dalam menerima ilmu dari senior, tanpa mengira usia dan tidak menderhaka kepada senior.
Buang sikap negatif seperti, hasad dengki, khianat,bongkak dan lain2. Sebaliknya bersikaplah laksana ular menyusur akar, takkan hilang bisanya atau ikut rasmi padi semakin berisi semakin menunduk.
Tidak menokoktambah atau memendekkan inti kepada ilmu ini.
Tidak mengeluarkan tafsir keatas setiap kejadian tanpa merujuk kepada abang makhtar terlebih dahulu.
Menjaga tingkah laku pada segenap aspek seperti perangai, amalan percakapan serta perbuatan agar ianya tidak disalah anggap oleh masyarakat.
Setiap ahli2 yang melakukan dosa2 besar atau kecil hendaklah segera bertaubat..

Disini juga saya ucapkan tahniah atas kesabaran anda semua ahli2 ps yg baru, dan terimakasih tak terhingga pada semua guru2 dan senior2...

Akhir kata dari saya "TINGGI BIAR RENDAH" maaf atas semua kecacatan kata2 dan kelemahan dari saya.. WASSALAM.....